Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


3 nelayan warga Filipina ditahan di Kudat
Published on: Tuesday, July 16, 2019
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:

3 nelayan warga Filipina ditahan di Kudat
KUDAT: Tiga orang nelayan Pendatang Tanpa Izin (PTI) warga Filipina ditahan di Perairan Carrington Reef, Timur Pulau Banggi dalam satu operasi bersepadu Pasukan Polis Marin (PPM) bersama Jabatan Perikanan Kudat.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, dalam op bersepadu tersebut, pasukan operasi juga merampas dua buah bot yang dianggarkan bernilai RM6,300 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 474(1), Peraturan Peraturan Bot 1953 iaitu beroperasi tanpa lesen yang sah.

Pajeri berkata hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot terbabit mendapati tiga orang awak-awak tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63. 

Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat dan Jabatan Perikanan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Tumpuan operasi ini adalah untuk mengesan aktiviti pengeboman ikan di sekitar daerah ini hingga ke Pulau Banggi dan Pitas.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan di darat dan pemantauan serta pemeriksaan vesel di perairan Kudat hingga timur Banggi, tidak mengesan kegiatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Menurut Pajeri, pasukan operasi juga melakukan pemeriksaan terhadap ikan-ikan yang dijual di pasar ikan Kudat dan di jeti pendaratan ikan sekitar Kudat hingga Pitas.

Operasi bersepadu seperti itu akan dijalankan dari masa ke masa bagi membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang marin, katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here