Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Temuduga ambilan perantis Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom 28 Ogos
Published on: Saturday, August 17, 2019
Text Size:

Temuduga ambilan perantis Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom 28 Ogos
Kota Kinabalu: Golongan belia di Sabah dipelawa menghadiri temuduga terbuka pengambilan perantis Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom sesi 2019/2020 yang diadakan serentak di 19 pusat temuduga pada 28 Ogos ini.

Pusat-pusat temuduga terbuka ialah di Ibu Pejabat Korporasi Pembangunan Desa (KPD) Wisma Pertanian, Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom, pejabat KPD di Kabang Papar, Klias Beaufort, Sipitang, Sikuati Kudat, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Bingkor Keningau, Ranau, Beluran, Kota Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

Pusat-pusat temuduga terbuka lain ialah pejabat Jabatan Pertanian Telupid dan Sandakan serta di pejabat Majlis Daerah Nabawan.

Masa temuduga terbuka ialah dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang.

Pusat Latihan Belia KPD-OISCA menawarkan kursus-kursus Diploma/Sijil Kemahiran Malaysia (DKM/SKM) dengan pentauliahan program oleh Skills Malaysia, Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) dan OISCA International.

Kursus-kursus Sijil Kemahiran Malaysia 3 (SKM 3) selama 16 bulan ialah Operasi Pengeluaran Tanaman, Penyeliaan Operasi Pengeluaran Padi, Pengendalian Tanaman Cendawan (Tanah Rendah), Pengeluaran Makanan dan Operasi Ladang Poltri.

Manakala jangkamasa kursus Eksekutif Pertanian di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia 4 (DKM 4) adalah selama lapan bulan.

Kelebihan-kelebihan kursus-kursus berkenaan ialah pengiktirafan oleh kerajaan dan mengikut keperluan industri, menekankan aspek praktikal berbanding teori, berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma / Diploma Lanjutan serta pelajar cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Syarat-syarat kelayakan ialah lepasan Tingkatan 5 berumur 17-25 tahun, bujang, warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah, sihat dan mampu menjalani latihan sepanjang program.

Syarat lain ialah menandatangani kontrak perantisan, berminat untuk mengikuti latihan kemahiran dan untuk DKM 4, pemohon harus mempunyai kelayakan SKM 3 dalam bidang berkaitan.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah penginapan, makan dan minum sepanjang kursus, elaun RM50 sebulan, perlindungan insurans dan peralatan ladang.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Inovasi dan Latihan KPD pada talian 088-291307 / 291319 dan Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom, 087-737567.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here