Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Remaja antara 15 ditahan terlibat parti liar di hotel
Published on: Sunday, September 15, 2019
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:

Remaja antara 15 ditahan  terlibat parti liar di hotel
KOTA KINABALU: Polis Bandaraya menahan 15 individu terlibat dalam parti liar termasuk remaja perempuan berumur 16 tahun semasa ‘Ops Sarang’ di sebuah premis hotel dekat Sembulan, Rabu lalu.

Pemangku Ketua Polis Bandaraya Supt George Abd Rakman berkata individu yang ditangkap berada di bawah pengaruh alkohol ketika ditangkap.

“Daripada 15 itu, tujuh adalah lelaki berumur antara 24 dan 29 tahun, manakala lapan lagi adalah wanita berumur antara 16 hingga 23 tahun. Kesemuanya diuji positif ketamine, amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

‘Ops Sarang’ bukan saja bertujuan untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan ke atas sindiket mengedar dadah tetapi juga memerangi penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia, secara tidak langsung mengurangkan masalah sosial.

Sementara itu, sejumlah 65 orang, berumur antara 15 hingga 16 tahun, ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di sini sepanjang seminggu “Ops Sarang” dijalankan sejak 7 September lalu.

Daripada jumlah itu, seorang ditahan kerana terlibat membekal dan mengedar dadah, 16 kerana memiliki dadah dan 58 lagi menyalahgunakan dadah, menurut George, dalam satu kenyataan, pada Ahad.

“Operasi itu tertumpu di Kg Air, sekitar Sembulan dan Kg Lobou, Menggatal,” katanya. 49 dari mereka adalah rakyat tempatan, manakala yang lain merupakan warga asing.

“Ia membawa kepada penangkapan enam individu kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 22 individu di bawah Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Sepanjang tempoh itu, katanya, 30.16gm Syabu bernilai RM1,508 dirampas.

Usaha untuk memerangi pengedaran dan penyalahgunaan dadah di bandaraya akan dipertingkatkan dari masa ke masa untuk menjaga ketenteraman dan kebajikan orang awam.

Berterima kasih kepada orang awam atas kerjasama mereka, George berkata orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi 088-529220, 088-529211 atau WhatsApp ke 019-2182729.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here