Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Tangguh pengeluaran PSS, NGO gesa KL
Published on: Saturday, September 21, 2019
By: Mail Mathew
Text Size:

Tangguh pengeluaran PSS, NGO gesa KL
Dzulkifli Gunsika
Tenom: NGO Mamagun Sabah (Mamagun) menggesa Kerajaan Persekutuan menangguhkan rancangan untuk mengeluarkan Pas Sementara Sabah (PSS) kepada warga asing yang memegang kad IMM13, Burung-Burung dan Kad Banci di Sabah, tetapi meneruskan dengan rancangan asal untuk menghantar kesemua mereka kembali ke negara asal masing-masing.

Timbalan Presidennya, Dzulkifli Gunsika berkata ia kerana Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa unilateral untuk mengenakan peraturan terhadap Sabah dan Sarawak yang akan memberi impak terhadap hak-hak kewarganegaraan mereka seperti imigresen, tanpa perjanjian formal membabitkan kedua-dua negeri.

Selain itu, beliau berkata Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan kepentingan lain iaitu melindungi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang merupakan langkah tepat dan disokong penuh.

Dr Maximus berkata bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa sepihak untuk menggubal atau melaksanakan dasar dan peraturan berkenaan imigresen tanpa perjanjian formal kerajaan Sabah atau Sarawak.

Perlindungan ini terkandung dalam dokumen Jawatankuaa Antara Kerajaan (IGC) di bawah Bab 3, Perkara 16 (f) (ii) yang menyatakan bahawa “pengakuan kepada Negeri Borneo tidak akan diberikan kepada mana-mana orang atau golongan orang, sama ada dari dalam atau di luar Malaysia, tanpa kelulusan Kerajaan Negara berkenaan”, katanya.

Dzukifli yang juga bekas Ketua Anak Negeri berkata, melihatkan keadaan itu, kerajaan tidak boleh mengambil jalan pintas semata-mata untuk memberi laluan kepada pelaksanaan PSS.

“Jadi cara paling sesuai adalah menghantar balik semua warga asing tanpa dokumen ke negara asal masing-masing, seperti mana yang rakyat Sabah mahu kerajaan lakukan.

“Kami sudah penat dan bosan memikirkan isu kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah yang bagaikan tiada penghujungnya, sedangkan bilangan mereka terus meningkat malah mencecah jutaan…bilakah ini akan selesai?” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berharap kerajaan akan memahami keadaan itu dan menanganinya secara berkesan dengan sebaik-baiknya iaitu dengan menghantar balik pendatang tanpa izin ke negara asal mereka,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here