Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


APM tangkap ular sawa 30kg serang ternakan penduduk
Published on: Wednesday, November 13, 2019
By: R Gonzales
Text Size:

APM tangkap ular sawa 30kg  serang ternakan penduduk
TUARAN: Bunyi ‘pelik’ disangka rumah dicerobohi, terjawab apabila seekor ular sawa seberat 30 kilogram sedang membelit ayam peliharaan ditemui di Kampung Marabahai, di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi tu, pemandu lori yang mahu dikenali Harun, 23, berkata dia dimaklumkan perkara terbabit selepas pulang dari bekerja oleh bapa saudaranya yang mendengar bunyi seakan-akan ranting dipijak dan bunyi kokokan ayam.

“Kami sangkakan ada penceroboh namun sebaik saya meninjau kawasan belakang rumah, saya terkejut melihat seekor ular sawa membelit ayam di bawah reban.

“Bimbang perkara buruk berlaku, saya segera menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Tuaran, Paulina Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian 4.07 pagi dan seramai tiga anggota dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, reptilia sepanjang empat meter itu didapati berada di bawah reban ayam milik pengadu dan segera menjalankan operasi menangkap menggunakan penjerut serta penyepit ular.

“Pemeriksaan sekitar lokasi turut dijalankan dan tiada kecederaan dilaporkan berlaku,” katanya dihubungi.

Menurut Paulina,  reptilia terbabit akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut manakala operasi ditamatkan 4.45 pagi.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here