Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Kerajaan Sabah komited kurangkan kadar kemiskinan
Published on: Sunday, November 17, 2019
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Kerajaan Sabah komited  kurangkan kadar kemiskinan
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mensasarkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan kurang daripada satu peratus, tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Berdasarkan sistem e-Kasih, katanya September 2019, jumlah isi rumah miskin di Sabah 78,140 yang terdiri daripada miskin tegar berjumlah 16,067 dan miskin berjumlah 21,678 sementara baki 40,395 diluar daripada garis kemiskinan.

“Usaha berterusan untuk membasmi kemiskinan, Kerajaan Negeri akan memperuntukan RM19.0 juta kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk melaksanakan program berkaitan pada 2020.

“Program termasuk meningkatkan aktiviti ekonomi, rumah untuk golongan miskin tegar, dan kemudahan asas serta meningkatkan kapasiti modal insan kumpulan sasar dalam Mini Estet Sejahtera (Mesej) dan Program Kampung Sejahtera,” katanya semasa membentangkan Belanjawan Negeri 2020 di Dewan Undangan Negeri di sini pada Jumaat lepas.

Menurut Shafie, Program Kampung Sejahtera merupakan inisiatif baharu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian untuk memajukan kampung yang mundur.

Dalam meningkatkan dan menambahbaik perkhidmatan kesihatan orang ramai, katanya sebanyak RM129.67 juta akan diperuntukan kepada Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat tahun depan.

Katanya, ini juga termasuk usaha dalam memastikan hospital-hospital di Sabah dapat memenuhi standard perkhidmatan yang ditetapkan oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH).

Selaras dengan tema baharu Kementerian,  Keluarga Sihat, Rakyat Sejahtera, Kerajaan akan menganjurkan lebih banyak program berkaitan kesihatan dan kesejahteraan. Progtam ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat kearah mewujudkan masyarakat harmoni.

Shafie berkata Kerajaan Negeri akan terus menyediakan bantuan dan perkhidmatan kebajikan kepada mereka yang kurang bernasib baki dengan memberikan peruntukan tinggi untuk kebaikan penerima yang layak.

“Sehingga September 2019, Kerajaan telah membelanjakan RM53.38 juta untuk menyediakan bantuan kebajikan kepada anak-anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, Pesakit yang terlantar dan Ibu Tunggal serta bantuan khas kepada mangsa bencana.

“Kerajaan Negeri akan meneruskan bantuan dengan peruntukan yang lebih tinggi sebanyak RM67.63 juta tahun depan,” katanya.

Tahun ini, katanya Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM12.6 juta kepada Program Perkhidmatan Sosial dengan menyediakan pakaian sekolah, kasut dan alat tulis kepada 1,074 sekolah yang memberi manfaat kepada 280,353 pelajar.

Untuk meringkan beban keluarga pelajar ini, Shafie berkata peruntukan sebanyak RM13.9 juta akan diberikan pada 2020 yang dijangka memberi manfaat kepada 282,830 pelajar.

Selain daripada penerima ini, beliau berkata Kerajaan Negeri akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meningkatkan kebajikan petani atau pekebun kecil, penternak dan nelayan.

Antaranya ialah:  

l Program untuk menjana dan meningkatkan pendapatan petani seperti kontrak Perladangan dan pemprosesan pelbagai produk pertanian yang akan dilaksanakan oleh KPD dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.99 juta;

l  Program untuk menjana pendapatan nelayan dan usahawan perikanan dengan peruntukan RM8.28 juta.

l Bantuan untuk menstandardkan harga getah antara Sabah dan Semenanjung Malaysia akan diperuntukkan RM20.0 juta. Ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 52,000 pekebun kecil getah, yang melibatkan 32,000 tan getah di seluruh Sabah;

l Subsidi untuk membeli susu daripada petani lembu tenusu diperuntukkan RM15.13 juta; dan

l Subsidi penanaman padi diperuntukkan RM16.5 juta, yang akan memberi faedah kepada kira-kira 30,000 petani padi di seluruh negeri.

Dalam melindungi hak anak negeri Sabah, Shafie berkata Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Asli akan diperuntukkan RM47.06 juta untuk perbelanjaan operasi dan Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri.

Dariapada jumlah itu, katanya RM39.74 juta akan digunakan untuk perbelanjaan berkaitan ketua daerah, ketua anak negeri, wakil ketua anak negeri, ketua kampung dan ketua masyarakat Cina.

Tahun depan, katanya kerajaan Persekutuan akan memperuntukan RM2.5 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri untuk meneruskan program yang dirancang.

Antara lain, beliau berkata peruntukan akan dibelanjakan untuk meneruskan pembinaan dua bangunan Mahkamah Anak Negeri (MAN), di Tambunan dan Ranau.

Setakat ini, katanya lima bangunan MAN dan satu institusi latihan telah dibina. Oleh itu, katanya Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM1.0 juta untuk penyelenggaraan bangunan MAN.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here