Tue, 14 May 2024

HEADLINES :


Sukan Sabah: Tiga rekod olahraga baharu dicipta
Published on: Wednesday, December 11, 2019
By: Yayasan Dalimpos
Text Size:

Sukan Sabah: Tiga rekod olahraga baharu dicipta
KENINGAU: Tiga rekod baharu dicipta dalam acara olahraga pada hari keempat Sukan Sabah (Saga) IX Keningau 2019 yang diadakan di Mini Kompleks Sukan Nabawan

Bagi acara lompat jauh wanita, Feova Lim Yi Fei, 17, dari kontinjen Tuaran mencipta rekod baharu dengan lompatan 5.52 meter (m) mengatasi rekod lama yang dicatat oleh Nurul Atiqah Sukur dari Penampang pada Saga 2011 iaitu 5.50m.

Naib johan ialah Meselemya Bious dari Tenom (5.18m) dan ketiga disandang oleh Dayang Shari Uluk dari Kota Marudu (5.12m).

Rekod kedua dicipta oleh peserta lelaki dari kontinjen Tawau, Mohamad Eizlan Bin Dahalan dalam acara lompat tinggi dengan lompatan 2.05m mengatasi rekod lama yang dicipta oleh Teo Lee Kee dari Nabawan pada Saga 2015 yang mencatat lompatan pada ketinggian 1.98m. Naib johan disandang oleh peserta Tenom iaitu Farrel Glen Felix Jurus dengan lompatan 2.01m dan tempat ketiga Mohd Shahrul Shahrin Bin Sabturani dari Semporna (1.95m).

Manakala bagi acara lempar cakera, rekod baharu turut dilakar oleh peserta dari Keningau Nobenecka Binti Pinalus iaitu 35.95m mengatasi rekod lama yang dipegang oleh Froneka Mail dari Kudat pada Saga 2011 yang mencatat 34.48m. Naib johan disandang oleh Era Elisa Lajium dari Kota Kinabalu dengan catatan 33.78m dan tempat ketiga peserta dari Papar Siti Aishah Arfiana Binti Asmat (31.10m).

Sementara dalam acara 100m kategori wanita pula peserta dari Sandakan iaitu Nur Aishah Rofina Binti Aling muncul johan dengan catatan masa 12.56saat (s), naib johan ialah peserta dari Tenom iaitu Meselemya Bious dengan catatan masa 12.64s dan tempat ketiga disandang oleh peserta dari Keningau, Ikma Syaffiera Duris dengan catatan masa 13.03s.

Dalam kategori lelaki 100m akhir pula, peserta dari Sandakan Mohammad Musyaraf Bin Mohd Sari turut muncul johan dengan catatan masa 10.83s, naib johan dari Kudat iaitu Muhammad Din Bin Norbik 11.10s dan tempat ketiga disandang oleh Lienell Owen  Livinus dari Penampang dengan catatan masa 11.19s.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here