Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan Taman-Taman Sabah digesa memberi penjelasan berhubung pelaksanaan pemusatan kaunter bagi aktiviti sukan air di Taman Tunku Abdul Rahman yang didakwa dilakukan tanpa perbincangan bersama pengusaha pelancongan di kawasan tersebut.
Timbalan Pengerusi Persatuan Pemilik Syarikat dan Pengusaha Bot Pelancongan Jesselton Point Kota Kinabalu Rusdi Saelih mendakwa, susulan pelaksanaan pemusatan kaunter itu pengusaha dikenakan caj bagi setiap aktiviti sukan air yang dijalankan di pulau-pulau berkenaan.
Beliau yang juga mewakili kira-kira 30 pengusaha pelancongan berkata, mereka hanya mengetahui notis pemberitahuan berhubung pelaksanaan pemusatan kaunter itu pada 18 April lalu sedangkan surat tersebut bertarikh pada 20 Mac.