Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
BOLA SEPAK – Liga Super: Sabah FC sekadar seri tanpa jaringan dengan Penang FC
Published on: Monday, May 13, 2024
Published on: Mon, May 13, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
BOLA SEPAK – Liga Super: Sabah FC sekadar seri tanpa jaringan dengan Penang FC
SADDIL (kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan Penang FC pada perlawanan tersebut. – fotoBERNAMA
Kota Kinabalu: Sabah FC gagal menemui jaring dalam perlawanan Liga Super menentang Penang FC dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Likas pada Ahad.

Kedua-dua pasukan menggunakan pendekatan berhati-hati pada perlawanan pembukaan musim itu dan tidak dapat mencipta sebarang peluang menjaringkan gol dalam 45 minit pertama.

Advertisement
Sabah FC memulakan separuh masa kedua dengan lebih agresif. Ramon Machado, yang pada awalnya dianggap tidak cergas untuk beraksi, tiga kali mendapat peluang untuk menjaringkan gol dari jarak dekat.

Percubaan pertama dinafikan oleh penjaga gol Penang FC, Sikh Izhan Sikh Azman manakala dua lagi dihalang oleh pemain pertahanan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sabah FC juga mempunyai satu tuntutan penalti yang ditolak oleh pegawai perlawanan apabila percubaan Saddil Ramdani untuk melakukan hantaran silang menyaksikan bola jelas terkena tangan pemain Penang FC pada penghujung perlawanan.

Datuk Ong Kim Swee menyalahkan penyudah yang tumpul sebagai punca kegagalan pasukan itu meraih mata.

Advertisement
“Kami mempunyai peluang tetapi penyudah tidak ada. Kami mengawal permainan dengan baik, dan bukan mudah untuk bermain dengan Penang yang datang ke sini dengan niat untuk mendapatkan satu mata dan mereka mendapatnya.

“Kami perlu meningkatkan permainan kami terutama dalam penyudah dalam perlawanan seterusnya menentang Kelantan, yang juga bukan mudah,” katanya selepas perlawanan itu.

Advertisement
Kira-kira 4,000 penyokong hadir untuk menyaksikan perlawanan itu dan perlawanan seterusnya Sabah FC adalah menentang Kelantan Darul Naim FC di Stadium Sultan Mohammad IV pada 17 Mei diikuti satu lagi perlawanan di tempat sendiri menentang Kuching City FC pada 25 Mei.

Sementara itu, sebelum perlawanan dimulakan, kapten Sabah FC, Park Taesu menerima trofi yang disampaikan oleh Ahli Lembaga MFL, Joeharu Ayub selepas diundi sebagai antara 11 pemain terbaik musim 2023 oleh peminat pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan yang diadakan bulan lepas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here