Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Empat didakwa miliki ikan ditangkap guna bom
Published on: Thursday, February 20, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Empat didakwa miliki  ikan ditangkap guna bom
KOTA KINABALU: Empat lelaki, tiga daripadanya warga Filipina, didakwa memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bom.

Mereka adalah Delmio Amir, 39, rakyat Filipina Partama Lapanji, 45, Mastaldani Basa, 65, dan Suldani Mastaldani, 40.

Mereka dibawa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus bagi berdepan pertuduhan yang dibuat ke atas mereka.

Tiada pengakuan diambil daripada mereka sementara menunggu jurubahasa Suluk.

Mahkamah menetapkan 26 Februari tahun ini untuk sebutan dan tiada ikat jamin ditawarkan kepada mereka sementara menunggu tarikh itu.

Empat orang itu didakwa memiliki pelbagai jenis ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan pukul 6.30 petang pada 9 Februari, tahun ini di dalam sebuah bot pam dekat Pulau Sepanggar, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(a) Akta sama, memperuntukkan hukuman denda sehingga RM6 juta untuk pemilik atau kapten bot dan denda sehingga RM600,000 untuk setiap anak kapal, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, empat lagi rakyat Filipina juga didakwa atas kesalahan sama.

Namun, tiada pengakuan diambil daripada Jetly Ignu, 38, Gamal Akkal Jari, 45, Aldayani Ignu, 25, dan Peldi Paudi, 21, juga sementara menunggu jurubahasa Bajau Suluk.

Kes mereka akan disebut pada hari sama.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Muhammad Fitri Wan Azizan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tampil untuk pendakwaan manakala lapan orang itu tidak diwakili.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here