Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Nelayan warga asing dituduh bunuh bekas isteri
Published on: Tuesday, February 25, 2020
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Nelayan warga asing dituduh bunuh bekas isteri
KOTA KINABALU: Seorang nelayan warga asing didakwa di Mahkamah Majistret membunuh bekas isterinya dua minggu lalu. 

Tidak ada pengakuan diambil daripada Melo Guli, 37, yang dibawa di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles pada Isnin.

Melo dituduh melakukan kesalahan itu ke atas seorang penjual sayur berumur 37 tahun, Rina Amat, seorang warga asing yang memiliki pasport, pada jam 2.30 petang pada 11 Februari di sebuah bilik sewa di tingkat dua Blok I, di Segama di sini. Kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Lovely menetapkan 23 Mac untus sebutan sementara menunggu laporan bedah siasat.

Terdahulu Inspektor Rayner David, mendakwa, memaklumkan mahkamah bahawa pendakwaan belum menerima laporan bedah siasat.

Melo tidak ditawarkan ikat jamin kerana dia tidak mempunyai dokumen sah dan diperintahkan untuk direman lanjut sementara menunggu tarikh itu.

Dia tidak diwakili.

Dalam kes lain, Seorang lelaki berumur 47 tahun menuntut perbicaraan terhadap pertuduhan memiliki sebuah motosikal dipercayai dicuri.

Rostam Dalungan mengaku tidak bersalah memiliki motosikal Modenas Kriss, yang dia gagal untuk memberi penjelasan memuaskan mengenai bagaimana dia memperoleh jentera itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.30 pagi pada 18 Februari di hadapan sebuah bank di Manggatal.

Pendakwaan menawarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan dua penjamin.

Mahkamah menetapkan 16 Mac untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan dan menawarkan Rostam ikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, di mahkamah lain, seorang lelaki berumur 37 tahun yang diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan memandu secara berbahaya yang menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, akan menjalani perbicaraan pada 16-17 April.

Musa Dail dituduh memandu sebuah pacuan empat roda secara berbahaya dan menyebabkan kematian penunggang motosikal itu pada jam 4 pagi pada 16 Oktober 2017 di lampu isyarat di Lido dekat sini.

Dia pada 19 Disember 2019 diperintahkan untuk membela diri terhadap dakwaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan yang membawa hukuman penjara di antara dua tahun dan 10 tahun dan denda di antara RM5,000 dan RM20,000 jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwaan trafik Inspektor Mohd Firdaus Che Mustafa mendakwa sementara Musa diwakili oleh peguam Sylvester Kwan.  





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here