Tue, 14 May 2024

HEADLINES :


K’jaan Sabah digesa selesai masalah lambakan sayur di Kundasang
Published on: Monday, April 06, 2020
By: Bernama
Text Size:

K’jaan Sabah digesa selesai masalah lambakan sayur di Kundasang
Gambar Bernama
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah digesa untuk segera menyelesaikan masalah lambakan sayur di Kundasang, Ranau, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain arahan berkaitan menerusi ‘Sabah COVID-19 Command Centre’.

Ketua Unit Kampung Lipasu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kinabalu Jailin Nazrin yang membuat gesaan itu berkata, kerajaan negeri khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah, diminta untuk tidak lepas tangan serta membiarkan masalah itu berlarutan.

“Masalah ini semakin serius, berikutan para pemborong sayur dari luar Kundasang tidak dibenarkan masuk. Sayur-sayuran adalah barangan keperluan rakyat, dan pengeluaran serta penjualannya mesti berterusan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita yang menyatakan lebih 300 peniaga sayur di Kundasang mengalami kerugian, selepas berlakunya lambakan sayur berikutan pelaksanaan PKP.

Jailin berkata, masalah itu berlaku sejak hari pertama pelaksanaan PKP pada 18 Mac lepas, justeru pihaknya berharap kerajaan negeri dapat mempermudahkan urusan pengedaran bekalan makanan termasuk sayur-sayuran, memandangkan perkhidmatan itu turut dibenarkan beroperasi dalam tempoh ini.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Penjaja Kundasang Mariana Taliban berkata, lambakan sayur semakin banyak, apabila PKP memasuki minggu kedua.

Katanya, mereka terpaksa mengambil inisiatif menghantar semua sayur ke Kota Kinabalu untuk dijual separuh harga, supaya ia tidak dibuang begitu sahaja.

“Selain itu, lambakan sayur yang tidak terjual ini juga diagihkan kepada beberapa kampung di Ranau. Langkah ini bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran, tetapi sekali gus mampu membantu individu atau keluarga memerlukan, khususnya yang tinggal di kawasan jauh daripada pekan atau bandar,” katanya. – Bernama





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here