Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Perompak warga Filipina kena 10 tahun, tiga sebatan
Published on: Thursday, April 09, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Perompak warga Filipina  kena 10 tahun, tiga sebatan
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berumur 24 tahun yang merompak RM1,500 dan beberapa barang milik seorang lelaki berumur 67 tahun, dihukum penjara 10 tahun dan diperintahkan untuk dikenakan tiga sebatan rotan.

Mohd Ramsyah Abdul Latif mengaku bersalah di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Cindy Mc Juce, yang duduk selaku Hakim Mahkamah Sesyen pada Rabu. Dia merompak Lee Mee In dengan melarikan sebuah beg mengandungi dua telefon bimbit, segugus kunci dan wang itu pada jam 7.30 pagi pada 19 Mac di kilang PTM Faulty Farm di Telipok.

Semasa insiden itu, Mohd Ramsyah menggunakan sebilah parang.

Kesalahan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Mohd Ramsyah menjalani hukuman penjara itu dari tarikh tangkapannya dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukumannya.

Dalam mitigasinya, Mohd Ramsyah yang tidak diwakili meminta hukuman ringan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kershanthan Pathmanathan menggesa mahkamah menjatuhkan satu hukuman pencegahan atas sebab Mohd Ramsyah menggunakan senjata semasa merompak Lee yang mengalami kecederaan dalam insiden itu.

Kershanthan selanjutnya berkata Lee berada di kedudukan yang mudah terdedah kepada bahaya kerana tiada orang di kilang itu. Beliau juga berhujah bahawa Mohd Ramsyah melakukan kesalahan itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mahkamah mendengar bahawa insiden itu berlaku selepas Lee membuka pintu kilang pada waktu pagi. Semasa duduk di kaunter, tiba-tiba seorang lelaki tidak dikenali yang menutup mukanya dan memakai topi memasuki kilang dan menuju ke arah kaunter di mana Lee duduk.

Lelaki itu kemudian dikenal pasti sebagai Ramsyah membawa bersama sebilah parang kemudian menarik beg Lee dan memotong tali beg berkenaan. Lee cuba menyelamatkan begnya dan menyebabkan dia terjatuh ke atas tanah. Mohd Rasyah kemudian mengheret Lee satu meter ke pintu utama kilang kerana beg itu masih bersama Lee.

Lee juga cuba merampas parang daripada Mohd Rasyah tetapi mengalami luka pada tapak tangan kiri apabila Mohd Rasyah menarik senjata itu daripadanya.

Selepas beberapa minit, Mohd Ramsyah berjaya merampas beg berkenaan daripada Lee sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Mohd Ramsyah ditangkap susulan satu laporan polis yang dibuat oleh Lee.

CCTV di kilang itu merakam tindakan Mohd Ramsyah dan semasa perbarisan pengecaman, Lee mengenal pasti Mohd Ramsyah sebagai orang yang merompaknya. Semasa siasatan, Mohd Ramsyah mengakui dia datang ke kilang itu yang merupakan bekas tempat kerjanya dan merompak Lee.

Barang-barang milik Lee turut ditemui semula.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here