Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Wanita maut diserang buaya, seorang lagi masih hilang
Published on: Friday, June 26, 2020
By: Lagatah Toyos, Winnie Kasmir
Text Size:

Wanita maut diserang buaya, seorang lagi masih hilang
Mayat mangsa ditemui pada jam 1.45 petang. 
KALABAKAN: Seorang wanita maut diserang buaya ketika mandi dan membasuh pakaian di sungai sementara seorang lagi masih hilang, dipercayai dibaham buaya, dalam dua kejadian berasingan di sini dan di Beluran, pada Khamis.

Dalam kejadian di Sungai Tuda di sini, Nurhayati Talib, 50an, ditemui sekitar jam 10.30 pagi dengan kesan gigitan buaya di kepala dan pinggang. Dalam kejadian itu, wanita berkenaan dikatakan pergi ke sungai berkenaan bersama dua anaknya. Kedua-dua anaknya itu, bagaimanapun, terselamat dalam insiden berkenaan. Pegawai Operasi yang juga Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Faisal Ahmad berkata, mangsa ditemui penduduk kampung.

“Pasukan kami tiba di lokasi pada jam 1.45 petang selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.38 pagi. Apabila kami sampai, mayat sudah ditemui penduduk kampung,” katanya sebelum menambah, operasi ditamatkan jam 2.10 minit. Terdahulu, katanya, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan tiba lebih awal di lokasi iaitu jam 11.25 pagi, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi. Faisal berkata, operasi itu melibatkan lima anggota termasuk pegawai, lima anggota polis, 10 anggota PBS dan dua anggota Rela.

Beliau menasihatkan anggota masyarakat di daerah ini agar sentiasa berwaspada semasa melakukan sebarang aktiviti, termasuk memancing di sungai kerana kebanyakkan sungai di Tawau / Kalabakan mempunyai habitat buaya. “Aktiviti mandi-manda di sungai adalah sangat tidak digalakkan,” tegasnya. Sementara itu, Pegawai Hidupan Liar Daerah, Sailun Aris berkata, operasi memburu buaya yang menyerang mangsa akan diteruskan dengan memasang perangkap di lokasi kejadian. Sementara itu di BELURAN, seorang wanita warga emas dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di Kampung Banang Sungai-Sungai, Paitan, awal pagi Khamis. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata kehilangan mangsa, Peredot Kanon, 62, dilaporkan kepada BBP Beluran oleh ahli keluarga mangsa pada jam 7.30 pagi. Anggota penyelamat diketuai oleh pegawai operasi, PBK II Arsad Kadir bergegas ke lokasi kejadian bersama dengan 182 kilometer dari balai bomba Beluran. Operasi mengesan mangsa bersama penduduk kampung disambung hari ini.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here