Tue, 14 May 2024

HEADLINES :


Kemasukan ahli baharu perlihatkan Bersatu semakin diterima di Sabah
Published on: Monday, July 06, 2020
By: Bernama
Text Size:

Kemasukan ahli baharu perlihatkan  Bersatu semakin diterima di Sabah
HAJIJI menyerahkan borang keahlian kepada Adneh dalam acara itu.
Tuaran: Kemasukan ahli baharu termasuk daripada kalangan bekas ahli dan pemimpin parti lain ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menjadi indikator memperlihatkan Bersatu semakin mendapat tempat di hati rakyat negeri ini, kata Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata kemasukan ahli baharu ke dalam Bersatu, yang merupakan satu daripada parti gabungan Perikatan Nasional (PN), juga menjadi petanda cukup baik kepada PN sebagai parti pemerintah di peringkat Persekutuan.

“Rakyat Sabah sudah mulai melihat kemampuan serta kredibiliti PN diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu dalam mengurus tadbir negara terutama ketika berdepan cabaran Covid-19 sehingga menjadi antara negara terbaik menangani penularan wabak berkenaan.

“Saya melihat bantuan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang menghadapi kesukaran ketika krisis ini (impak Covid-19), yang membuat rakyat menyokong PN dan perdana menteri atas usaha murni tersebut,” katanya, yang turut yakin Bersatu akan menjadi parti kuat di Sabah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kemasukan seramai 200 ahli baharu terdiri daripada bekas pemimpin dan ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) ke dalam Bersatu Bahagian Tuaran di sini, Ahad.

Hajiji berkata Bersatu Sabah menyasarkan untuk menambah keahlian sekurang-kurangnya 200,000 ahli menjelang akhir tahun ini, dan beliau yakin ia mampu dicapai memandangkan parti berkenaan kini mempunyai lebih 100,000 ahli, meskipun baru setahun bertapak di Sabah.

“Pada masa ini, kita (Bersatu Sabah) mempunyai lebih kurang 20,000 hingga 30,000 ahli sedang menunggu untuk didaftarkan di seluruh Sabah. Bagaimanapun (sebelum ini) proses pendaftaran terbantut berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Bersatu Sabah kini membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum sekiranya diadakan secara mengejut dengan setiap bahagian parti akan diarahkan untuk menubuhkan jentera pilihan raya.

“Perkara ini akan dibawa (dibincangkan) dalam mesyuarat (Bersatu) negeri pada Selasa ini,” katanya,

Sementara itu, bekas Ketua Penyelaras Amanah Tuaran Ramlih Hasrih berkata beliau keluar parti tersebut dan memilih menyertai Bersatu kerana yakin dengan kepimpinan perdana menteri dan Hajiji yang disifatkannya prihatin dalam menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang politik.

Bekas Ketua Cawangan Warisan Kampung Berundung, Tuaran, Adneh Setuh pula berkata, beliau bersama 46 lagi ahli cawangan itu keluar Warisan kerana menyifatkan parti itu gagal membela nasib rakyat selama dua tahun memerintah negeri Sabah. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here