Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


LHDN serbu kediaman Adun Kuamut
Published on: Friday, July 10, 2020
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:

LHDN serbu kediaman Adun Kuamut
Masiung (kiri) duduk bersebelahan dengan pegawai LHDN di kediamannya.
Kota Kinabalu: Satu pasukan dari Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kuala Lumpur melakukan serbuah ke rumah Adun Kuamut, Datuk Masiung Banah, dari parti pemerintah Parti Warisan Sabah (Warisan) pada jam 9 pagi, Rabu lepas.

Isteri Masiung membuat hantaran beberapa keping gambar ke akaun Facebook miliknya, menunjukkan pihak berkuasa cukai pendapatan itu memeriksa barangan mereka di rumah mereka di Kepayan, sebelum beredar sekitar tengah hari. 

Difahami bahawa tiada barangan diambil walaupun pegawai-pegawai berkenaan mengambil gambar di dalam dan di luar rumah itu.

Masiung, yang merupakan bekas naib presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya.

Pada 25 Jun, beliau membuat laporan polis untuk menyiasat kehadiran individu-individu tidak dikenali di luar rumahnya.

Masiung dikhabarkan merupakan antara ahli Warisan yang merancang untuk meninggalkan parti itu tetapi beliau telah memberi penjelasan bahawa dia menyokong penuh Presiden Warisan dan Ketua Menteri Sabah, Datuk seri Shafie Apdal.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here