Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Suspek Perancis cabul lebih 300 kanak-kanak bunuh diri di Indonesia
Published on: Tuesday, July 14, 2020
By: AFP
Text Size:

Suspek Perancis cabul lebih 300 kanak-kanak bunuh diri di Indonesia
Kedutaan Perancis di Jakarta, yang dihubungi  AFP, enggan mengulas kes itu. – Gambar AFP
JAKARTA: Seorang warga Perancis yang ditahan kerana disyaki mencabul lebih 300 kanak-kanak, mati dipercayai membunuh diri, polis berkata pada Isnin.

Francois Camille Abello, 65, ditemui dalam keadaan tidak responsif di dalam selnya di sebuah pusat tahanan di Jakarta, kata jurucakap polis, Yusri Yunus.

“Selepas rawatan selama tiga hari, dia disahkan mati,” kata Yunus kepada pemberita pada Isnin.

Umar Shahab, seorang pegawai di Hospital Polis Nasional di Jakarta, berkata doktor melaporkan pesara itu mengalami retakan leher, dan kecederaan itu menyekat bekalan oksigen.

Pesara itu ditangkap pada bulan lepas di sebuah hotel di Jakarta bersama dua kanak-kanak di dalam biliknya.

Dia ditunjukkan pada Khamis lepas dengan tangan digari dan memakai baju penjara berwarna oren dan pelitup muka berwarna hitam pada sidang media polis.

Polis berkata mereka menemukan video di dalam komputer Abello yang menunjukkan dia melakukan seks dengan lebih 300 kanak-kanak berumur antara 10 dan 17 tahun.

Mereka berkata dia akan mendekati kanak-kanak dan mengumpan mereka dengan tawaran kerja sebagai model. Mereka yang enggan melakukan seks dengannya dipukul.

Abello berdepan hukuman penjara seumur hidup, pengembirian secara kimia, atau ditembak mati, jika sabit kesalahan pelbagai tuduhan di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak Indonesia.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here