HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Labuan berdepan tiga kluster aktif
Published on: Saturday, October 17, 2020
By: Bernama
Text Size:


Sekumpulan petugas kesihatan Labuan kelihatan bersedia untuk tugasan mengambil sampel dan saringan Covid-19 di kawasan sasaran kluster baharu iaitu Kluster Saguking pada Jumaat. – fotoBERNAMA
LABUAN: Jabatan Kesihatan Labuan sedang mengenal pasti kawasan berkepadatan penduduk tinggi yang mungkin mempunyai kes positif Covid-19 tidak direkodkan susulan kemunculan Kluster Saguking di pulau bebas cukai itu. 

Kluster Saguking, yang muncul Khamis lepas (15 Oktober) dengan lima kes baharu, menjadikan jumlah kluster aktif di Labuan setakat Jumaat kepada tiga.

Kluster sedia ada iaitu Bah Bangat dan Bah Bundle masing-masing mempunyai 11 dan sembilan kes.

Lima kes baharu di Kampung Saguking, yang sebahagiannya dihuni migran berdokumen dan tidak berdokumen dari Filipina, telah dikesan oleh pasukan Jabatan Kesihatan Labuan tiga hari lepas melalui saringan kesihatan yang dijalankan di kampung itu.

“Kami sedang mengesan individu yang belum disaring dan mungkin positif Covid-19, ia bukan satu tugas yang mudah namun harus diselesaikan,” kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari kepada Bernama.

Labuan mencatatkan peningkatan kes secara harian sejak seminggu lepas, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 92 kes setakat Khamis.

Ismuni berkata sejumlah 13,462 sampel diambil daripada individu yang pulang dari Sabah sejak 26 September lepas dan lebih 11,000 keputusan telah dikeluarkan manakala bakinya (lebih 2,000 sampel) masih menunggu keputusan.

“Kami telah menempatkan dua pasukan di Kampung Saguking di mana kluster baharu itu muncul pada Khamis untuk memantau dengan ketat penularan di sana,” katanya.

Kerajaan telah meletakkan Labuan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari hari ini hingga 30 Oktober.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil pada sesi khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas nasihat Kementerian Kesihatan selepas mengambil kira peningkatan jumlah kes Covid-19 di pulau tersebut. 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular