Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Waris wanita maut di HQE dicari
Published on: Friday, October 23, 2020
By: Sherell Jeffrey
Text Size:

Waris wanita maut di HQE dicari
Habibi
Kota Kinabalu: Waris kepada wanita warga emas yang maut selepas dipercayai terjun dari tingkat lapan Hospital Queen Elizabeth I – sehari sebelum wanita itu dijadualkan dibenar pulang selepas dirawat untuk Covid-19 – digesa untuk menghubungi polis atau pihak hospital itu.

Polis mengenal pasti wanita berusia 63 tahun itu sebagai penduduk tempatan dari Keningau.

“Kami menggesa waris untuk menghubungi polis atau hospital,” kata Ketua Polis Bandaraya ACP Habibi Majinji apabila dihubungi pada Khamis.

Habibi berkata kejadian itu berlaku pada pukul 9.15 malam dan wanita warga tempatan itu dikatakan terjun menerusi tingkap dari tingkat lapan bangunan hospital berkenaan, menurut laporan Bernama.

“Kita menerima laporan daripada pihak hospital pukul 9.30 malam. Siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Oktober lepas selepas disahkan positif Covid-19 .

“Selepas mendapatkan rawatan lanjut, mangsa disahkan bebas penyakit berkenaan dan dijadualkan untuk dikeluarkan dari hospital berkenaan jari ini,” katanya. Beliau berkata mayat mangsa kini ditempatkan di Jabatan Forensik HQE I, sementara menunggu siasatan lanjut. “Siasatan termasuk mengenal pasti punca mangsa terjun dan mencari saksi di tempat kejadian,” katanya. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here