Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


PPM Semporna tahan bot pukat tunda
Published on: Saturday, April 10, 2021
By: Ibrahim Tabir
Text Size:

PPM Semporna tahan bot pukat tunda
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sebuah bot pukat tunda kerana menangkap ikan kurang dari tiga batu nautika dari pesisir pantai di Kuala Sungai Pegagau, di sini, Jumaat (gambar).

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, DSP Mohammad Ismail berkata, bot polis marin mendapati menangkap ikan di kawasan itu semasa Op Benteng Covid Perintah Belayar jam 6 petang.

“Juragan berumur 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Kami turut merampas bot pukat tunda itu yang bernilai RM250,000, pukat bernilai RM10,000 dan pelbagai jenis tangkapan ikan berjumlah RM5,000,” katanya.

Beliau menggesa orang awam untuk menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti meragukan kepada Polis Marin Sabah menerusi WhatsApp di 013-2831197.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here