Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Tiga PTI dipenjara empat bulan
Published on: Wednesday, May 12, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Tiga PTI dipenjara empat bulan
Kota Kinabalu: Tiga rakyat asing dipenjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini secara haram.

Mereka ialah Milmal Tul, Faizal Jawal dan Hamsirudin Awam, berumur antara 21 dan 36 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azreena Aziz, menjatuhkan hukuman tersebut kepada warga asing itu selepas mereka mengaku memasuki Negeri ini tanpa dokumen sah.

Kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000 dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga rakyat asing itu ditangkap polis di kawasan bandaraya dan Penampang antara 28 April dan 5 Mei tahun ini setelah gagal menunjukkan kad pengenalan masing-masing.

Ketika meminta hukuman diringankan, mereka memaklumkan mahkamah bahawa mereka tinggal di Sabah tanpa sebarang dokumen selama beberapa tahun.

Rakyat asing itu meminta dihantar pulang ke tempat kelahiran masing-masing secepat mungkin.

Mahkamah memerintahkan rakyat asing itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Pakistan diperintah membayar denda RM10,000 atau empat bulan penjara kerana tinggal di negeri ini selepas pasportnya tamat tempoh.

Imad khan mengakui pertuduhan terhadapnya. Dia ditangkap di Penampang.

Selepas menjalani hukuman penjara, semua rakyat asing itu termasuk Imad diperintah dirujuk kepada Jabatan Imigresen dan data biometrik masing-masing diambil.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here