Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Mahkamah Tinggi keluar waran tangkap terhadap perayu kes gangguan seksual fizikal
Published on: Wednesday, May 12, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Mahkamah Tinggi keluar waran tangkap terhadap perayu kes gangguan seksual fizikal
FotoBERNAMA.
Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lelaki berumur 40 tahun, yang merayu terhadap sabitan dan hukuman 13 tahun penjara kerana melakukan gangguan seksual fizikal kepada anak perempuan teman wanitanya, selepas dia gagal hadir di mahkamah, Selasa.

Pesuruhjaya Kehakiman Amelati Parnell mengeluarkan waran itu terhadap Matjan Yusop, kerana gagal hadir untuk pendengaran rayuannya, pada Selasa.

Mahkamah menetapkan 16 Jun untuk semakan waran tangkap itu.

Pada 20 Jun 2019, Matjan didapati bersalah selepas perbicaraan penuh kes itu.

Dia disabit melakukan kesalahan itu dengan meraba payu dara kanak-kanak berumur 12 tahun itu dan menggosok kemaluannya pada kanak-kanak itu pada jam 3 pagi, 11 Ogos 2017 di sebuah rumah di Membakut, Beaufort.

Matjan, bagaimanapun, berjaya mendapatkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, pendakwaan memohon waran tangkap dan notis tunjuk sebag dikeluarkan kerana perayu gagal dikesan.

Timbalan Pendakwaraya Awam (DPP) Rustam Sanip memaklumkan mahkamah bahawa polis pergi ke rumah Majan di sebuah kampung di Beaufort tetapi mendapati rumah itu kosong.

Polis juga pergi ke rumah ibu bapa Matjan tetapi dimaklumkan bahawa ibu bapanya telah berpindah dari rumah itu sejak 2018, kata pendakwaan.

DPP Rustam menggantikan DPP Siti Amirah Muhammad Ali.

Matjan tidak diwakili.

Kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here