Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Dua didakwa berasingan ambil dadah berulang
Published on: Friday, June 18, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Dua didakwa berasingan ambil dadah berulang
Kota Kinabalu: Dua lelaki didakwa secara berasingan atas tuduhan mengambil syabu secara berulang. Mohd Faizar Abdullah dan Romanager Rining, dibawa ke hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, untuk menghadapi tuduhan terhadap mereka pada Khamis.

Bagaimanapun, pengakuan tidak diambil daripada mereka selepas tuduhan masing-masing dibacakan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan pada 28 Julai bagi Mohd Faizar dan 8 Julai bagi Romanager.

Ikat jamin tidak ditawarkan kepada mereka sementara menunggu tarikh itu.

Mahkamah diberitahu oleh pendakwaan bahawa rekod sabitan lampau dan laporan patologi belum tersedia.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali hadir untuk pendakwaan sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili.

Di mahkamah sama, seorang warga asing dipenjara lima bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Siban Nuraisah mengaku bersalah memasuki Sabah tanpa sebarang dokumen.

Dia ditangkap di kawasan bandaraya pada 13 Jun tahun ini selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen kepada polis.

Mahkamah memerintah Siban menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapnya dan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk pengusiran dan merekodkan data biometriknya.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 8 Julai untuk sebutan kes lain melibatkan seorang warga asing yang didakwa memasuki negeri ini tanpa dokumen.

Kes Hamidulla Andis ditangguhkan sementara menunggu laporan Imigresen dan mahkamah memerintah tertuduh direman lanjut.

Inspektor Lim Swee Beng menjalankan pendakwaan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here