Sun, 12 May 2024

HEADLINES :


RM500j untuk 1 juta usahawan kecil, sederhana mulai 21 Sept
Published on: Friday, September 17, 2021
Text Size:

RM500j untuk 1 juta usahawan kecil, sederhana mulai 21 Sept
Gambar: Bernama
Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan bantuan tunai sebanyak RM500 juta kepada lebih satu juta usahawan kecil dan sederhana mulai 21 September ini dalam menangani kemelut kemelesetan ekonomi disebabkan pandemik Covid-19.

Kerajaan terus komited menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro, dengan menyalur bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mulai Selasa, 21 September 2021, kata Perdana Menteri Dato' Ismail Sabri Yaakob.

"Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta PKS mikro, bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar,' kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

"Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November 2021 (RM500). Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta. "Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021 melalui Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my." "Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak COVID-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion."

Ismail berharap bantuan ini dapat menggerak dan memulihkan kembali sektor PKS yang merupakan enjin pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia.  

Kerajaan memberi keutamaan kepada pemain industri ini kerana mereka merupakan antara sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik COVID-19, katanya.

"Semoga dengan bantuan ini, peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai."

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here