Dua nafi bunuh pemandu Grab
Published on: Friday, September 24, 2021
By: Jo Ann Mool
GAMBAR fail Arsit (kiri) dan Amru (kanan).
Kota Kinabalu: Dua pekerja cuci kereta meminta dibicarakan di Mahkamah Tinggi, di sini, pada Khamis bagi tuduhan membunuh seorang pemandu Grab di Tuaran, dua tahun lepas.Warga Filipina tanpa dokumen, Arsit Indanan, 22, dan Amru Al Asy Japri, 26, yang hadir di hadapan Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad, mengaku tidak bersalah kepada tuduhan itu.
ADVERTISEMENT
Mereka dituduh membunuh Mohammad Hanafiee Jaffar, 27, di dalam sebuah kereta Proton Saga FLX antara jam 4 pagi dan 5 pagi pada 25 Mei 2019 di tepi Jalan Marabahai di Tuaran.
Mereka didakwa bersama di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Nurchaya menetapkan 26 November untuk pengurusan kes pra-bicara pertama dan memerintah supaya dua tertuduh direman lanjut kerana tuduhan terhadap mereka tidak mempunyai peruntukan untuk ikat jamin.
Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohamad Ramli menjalankan pendakwaan. Arsit dan Amru masing-masing diwakili oleh peguam-peguam dilantik Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman dan Muhamad Amirul Amin.