Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Jalan, parit berlubang di Beaufort ditangani
Published on: Tuesday, February 06, 2024
By: Sidney Skinner
Text Size:

Jalan, parit berlubang di Beaufort ditangani
PEKERJA syarikat konsesi meratakan batu kelikir di atas bahagian jalan rosak di Beaufort ini.
BATU kerikil sudah dituangkan ke atas lubang jalan yang terbentuk di beberapa jalan di sekitar Taman Eramas, di Beaufort, manakala kepingan papan lapis diletakkan di atas parit yang terletak di bawah kawasan parkir di satu bahagian bandar itu.

Tindakan ini dibuat susulan maklum balas berasingan mengenai kekurangan penyelenggaraan yang dijalankan di kejiranan itu, serta kesulitan dialami penunggang motosikal jika motosikal mereka secara tidak sengaja termasuk ke dalam ‘lubang’ di situ.

Individu-individu itu, yang bercakap tentang perkara ini, memberikan Hotline butiran berkaitan mengenai rungutan mereka. Maklumat ini kemudiannya dikemukakan kepada Majlis Daerah.

JALAN berlubang di jalan perumahan di Taman Eramas ini menjadi punca kekecewaan pemandu yang tinggal di sini.

Jurucakap agensi itu berkata semakan rekodnya mendapati jalan di Taman Eramas adalah di bawah bidang kuasa Majlis Daerah.

Dia berkata kakitangannya mengesahkan bahawa beberapa jalan perumahan itu rosak, semasa pemeriksaan awal minggu lepas.

“Masalah ini diburukkan lagi oleh cuaca lembap yang dialami Beaufort sekejap-sekejap, untuk beberapa lama.”

Katanya, syarikat konsesi kerajaan sudah pun dimaklumkan mengenai penemuan Majlis Daerah itu.

“Pada Jumaat, sebuah trak berisi batu kelikir dan sepasukan pekerja dari syarikat itu dikerahkan ke kawasan perumahan terbabit.

“Batu-batu itu ditabur di atas bahagian yang rosak, dengan pekerja secara manual menutup permukaan jalan terjejas.”

Katanya, ini dilakukan sebagai penyelesesaian sementara untuk keselesaan pemandu.

KONTRAKTOR Majlis Daerah menunjukkan papan lapis dan papan tanda amaran yang diletakkan di atas bahagian terdedah di kawasan letak kereta di Beaufort ini.

“Syarikat konsesi itu berhasrat untuk menurap semula jalan berkenaan dari dari hujung ke hujung tahun ini dan sedang mencari dana untuk melakukannya.

“Syarikat itu meletakkan keutamaan untuk menambah baik bahagian ini.”

Ketika ditanya berapa kerap ia diselenggara, jurucakap itu berkata kakitangan firma itu mengendalikan jalan perumahan terbabit mengikut jadual tetap.

Dalam kes kawasan parkir antara Jalan Chung dan Lorong Padas Dua, jurucakap itu berkata Majlis Daerah bercadang untuk meletakkan jeriji di bahagian terdedah parit di situ.

“Kami dalam proses melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja ini,” katanya.

Dia menjelaskan kepingan logam sebelum ini diletakkan di atas “lubang” di kawasan parkir itu tetapi menjadi sasaran pelaku musnah.

“Beberapa papan lapis diletakkan sementara di bahagia terjejas sehari selepas kami menyedari penutupnya hilang.

“Kami berharap dengan cara ini dapat melindungi pejalan kaki daripada tercedera dan memberi amaran kepada penunggang motosikal tentang tempat bermasalah ini.

“Kami tidak mahu mereka secara tidak sengaja termasuk ke dalam lubang itu.”

Jurucakap itu menjelaskan penyelenggaraan dilakukan ke atas parit itu apabila wujud keperluan untuk berbuat demikian.

LOONG dari Beaufort mengeluh tentang keadaan jalan berlubang, menuju ke rumahnya di Taman Eramas, semakin teruk.

“Keadaan jalan raya semakin teruk,” katanya.

SEORANG individu prihatin meletakkan beberapa dahan di dalam ‘lubang’ untuk memberi amaran kepada penunggang motosikal tentang kerosakan di kawasan parkir ini.

“Saya sudah mengemukakan perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan tidak lama dulu tetapi, setakat ini, tiada tindakan diambil.

“Saya tidak faham kenapa mereka tidak membaiki bahagian jalan yang terjejas.”

Katanya, jalan itu kelihatan seperti laluan berhalangan, dengan lubang pelbagai kedalaman dan saiz terbentuk di atas permukaannya.

“Pemandu yang mengelak dari melalui bahagian jalan yang rosak, berisiko bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah hadapan.

“Kenderaan mereka juga berisiko dilanggar dari belakang ketika mereka memperlahankan kenderaan untuk mencuba mengelak melalui jalan berlubang itu.”

Loong berkata ada masanya sukar bagi pengguna jalan raya untuk mengetahui di mana jalan berlubang semasa hujan lebat kerana laluan terbabit cenderung banjir.

Dia juga meluahkan rasa terkilannya tentang perbelanjaan tambahan yang ditanggungnya kerana terpaksa membawa keretanya ke bengkel berulang kali.

“Bahan bawah kereta saya kerap rosak disebabkan permukaan jalan yang tidak rata.”

Seorang lagi penduduk Beaufort, JOH, menyuarakan kebimbangannya tentang bahaya keselamatan yang ditimbulkan oleh bahagian parit tidak bertutup di kawasan parkir antara dua blok rumah kedai di bandar terbabit.

Katanya, penunggang boleh termasuk ke dalam lubang dan tercampak dari motosikal mereka.

“Mereka yang berjalan kaki, sebaliknya, mungkin tidak melihat ke mana mereka pergi pada waktu malam dan akhirnya boleh termasuk ke dalam lubang,” katanya.

“Mereka sama ada akan terseliuh buku lali atau mengalami kecederaan.”

Joh berharap Majlis Daerah akan campur tangan dengan menutup bahagian yang terdedah sebelum ada yang tercedera.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here