SANDAKAN: Keadaan jalan raya di kawasan Jalan Bandar Utama Batu 6, di sini, didapati berlubang dan dikhuatiri mampu mendatangkan kemalangan kepada pengguna jalan raya di kawasan tersebut.
Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura, Calvin Chong Ket Kiun juga telah segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas beliau membuat lawatan ke kawasan tersebut.
Calvin berharap pihak JKR juga akan segera menghantar pasukannya bagi melakukan kerja baikpulih demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
“Perkara ini harus dititikberatkan kerana pengguna jalan raya di kawasan tersebut berpontensi mengalami kemalangan sekaligus mampu menyebabkan kecederaan mahupun sebarang bentuk kerugian,” jelasnya dalam satu kenyataan selepas meninjau di kawasan itu.
Beliau turut menegaskan agar kerja-kerja membaikpulih harus dibuat bagi kegunaan jangka masa yang lama untuk mengelak permasalahan yang sama berulang.