Thu, 16 May 2024

HEADLINES :


Karnival Mini Gagasan Rakyat tarik 3,000 pengunjung
Published on: Sunday, March 10, 2024
By: Ricardo Unto
Text Size:

Karnival Mini Gagasan Rakyat tarik 3,000 pengunjung
HAJIJI mengunjungi gerai yang menyediakan gunting rambut percuma untuk murid sekolah.
KARNIVAL Mini Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang julung kali diadakan telah menarik kira-kira 3,000 pengunjung.

Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Datuk Fairuz Renddan, yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan, berkata program yang dianjurkan oleh sayap Pemuda dan Wanita parti itu bertujuan mendekatkan masyarakat.

“Pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan saya terkejut kerana tidak sangka sambutan yang diterima begitu menggalakkan hari ini (Sabtu),” katanya.

Selain gerai penjual dan kendera saji, acara itu turut menawarkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, pertandingan gusti lengan dan kejohanan bola sepak jalanan, antara lain.

Antara program yang mendapat sambutan adalah perkhidmatan gunting rambut percuma untuk murid sekolah, yang mana kira-kira 300 murid mendaftar.

“Ada ibu bapa yang berterima kasih kepada kami kerana mengadakan pertandingan mewarna, manakala ada yang senang hati membawa anak mereka untuk gunting rambut percuma.” Mengenai saranan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Hajiji Noor agar karnival itu diperluaskan ke daerah lain, Fairuz berkata ia akan diadakan di 74 kawasan - 73 DUN dan satu di Labuan.

“Kami akan menyasarkan kawasan luar bandar supaya mereka tidak perlu pergi jauh ke bandar untuk acara itu – kami akan pergi kepada mereka.

“Dan mungkin kami akan mengadakan karnival yang lebih besar. Acara hari ini (Sabtu) boleh dianggap sebagai acara memanaskan badan.

“Melalui program hari ini, kami akan mengenal pasti perkara yang perlu diperbaiki,” katanya. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here