Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki ditahan PPM cuba seludup keluar minyak masak 
Published on: Saturday, March 16, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:

Lelaki ditahan PPM cuba seludup keluar minyak masak 
TIMBUNAN minyak masak yang ditemui di tempat kejadian.
LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki dalam cubaan menyeludup keluar minyak masak ke negara jiran di Kampung Takun, pesisir Tungku pada Khamis.

Timbalan Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Supt Abdul Nasir Othman berkata, pasukan PPM sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan apabila ternampak tiga lelaki berhampiran sebuah pacuan empat roda (4WD) berkelakuan mencurigakan.

Pasukan itu juga melihat timbunan kotak minyak masak.

“Ketika pasukan menghampiri kawasan itu, ketiga-tiga mereka melarikan diri. Pasukan itu segera mengejar suspek dan berjaya menahan seorang daripada mereka.

“Pemeriksaan kemudian mendapati longgokan 35 kotak minyak masak mengandungi 595 paket minyak masak 1kg,” katanya sambil menambah barang-barang itu dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran.

Menurut Abdul Nasir, pemeriksaan lanjut mendapati suspek gagal mengemukakan dokumen berkaitan barangan bersubsidi itu.

Abdul Nasir berkata, kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM101,487.50 termasuk 4WD dibawa ke pangkalan PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here