Wed, 15 May 2024

HEADLINES :


Rumah, kenderaan terbakar di Sandakan
Published on: Wednesday, March 20, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Rumah, kenderaan terbakar di Sandakan
RUMAH dan kenderaan yang terbakar dalam kejadian itu.
SANDAKAN: Dua buah rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Tinusa 2, di sini, Selasa.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sandakan, Jasri Ab.Jal berkata, pihaknya menerima panggilan menerusi talian 999 berhubung kejadian kira-kira jam 11.00 pagi.

Satu pasukan 14 anggota diketuai Severinus Sainkui dikejarkan ke lokasi sejauh 12km dari balai bersama dua jentera.

Operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera FRT dan pili bomba. 

Operasi terkawal jam 12 tengah hari sebelum ditamatkan jam 1.35 petang.

Sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max turut terbakar sebanyak 20 peratus.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here