Mon, 10 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Bomba tangani Toyota Unser terbakar di Ranau
Published on: Monday, May 06, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:

Bomba tangani Toyota Unser terbakar di Ranau
ANGGOTA bomba memadamkan api pada kereta malang itu.
RANAU: Sebuah kenderaan jenis Toyota Unser terbakar pada hari yang sangat panas di sini pada Sabtu, menyebabkan anggota Bomba dan Penyelamat terpaksa bergegas ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Ridwan Mohd Taib memberitahu media, kejadian berlaku di hadapan Home Stay & Cafe Kiaburi Ranau kira-kira jam 9.50 pagi.

“Kami menerima panggilan kecemasan daripada orang awam menerusi MERS999 kira-kira jam 9.59 pagi dan satu unit dengan 5 anggota bergegas ke lokasi kejadian diketuai Pegawai Operasi, PBK II KUP Niel Thomson Lee bersama sebuah jentera bomba FRT dan sebuah kenderaan EMRS.

“Apabila tiba di lokasi kejadian yang terletak 1 kilometer dari balai, kami mendapati berlaku kebakaran kereta membabitkan kenderaan jenis Toyota Unser yang terbakar 90 peratus di bahagian enjin.

“Operasi pemadaman menggunakan 1 aliran tambahan bermula dari jentera FRT. Nasib baik tiada kecederaan atau kematian berlaku.

“Pihak Bomba menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi. Operasi dikawal pada 10.14 pagi sebelum tamat pada 10.23 pagi,” katanya.

Tambahnya, punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here