Mon, 10 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Bantu pesakit mental pulih, kembali kepada masyarakat
Published on: Wednesday, May 15, 2024
Text Size:

Bantu pesakit mental pulih, kembali kepada masyarakat
Christina turut memaklumkan kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkenalkan Ahli Lembaga Pelawat HMBP yang baru dilantik bagi tempoh 2023 hingga 2026 kepada Tun Juhar.
Kota Kinabalu: Ahli Lembaga Pelawat Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP) komited membantu pesakit yang mengalami penyakit mental agar pulih dan kembali kepada masyarakat.  

Pengerusinya, Datuk Dr. Christina Rundi berkata, usaha tersebut merangkumi dua langkah utama iaitu membantu HMBP dalam program rehabilitasi seterusnya mengubah stigma masyarakat kepada pesakit yang pulih.

“Tujuan kami khususnya Ahli Lembaga HMBP adalah untuk membantu hospital dalam program rehabilitasi mereka dengan mengembalikan pesakit-pesakit yang mengalami penyakit mental pulih dan kembali kepada kehidupannya di dalam keluarga, masyarakat dan juga kehidupan sebagai seorang individu dalam satu-satu komuniti.

“Setelah pulih, kita akan mengadakan pelbagai program untuk mereka dan masyarakat untuk menghilangkan stigma tentang pesakit yang mengalami mental meskipun kita tahu ia satu proses yang agak lama dan susah,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, Selasa. 

Christina turut memaklumkan kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkenalkan Ahli Lembaga Pelawat HMBP yang baru dilantik bagi tempoh 2023 hingga 2026 kepada Tun Juhar.

Sementara itu, Pengarah HMBP, Dr. Firdaus Abdul Aziz menyatakan proses rawatan turut mendapat pelbagai sokongan bagi mencapai tahap pemulihan yang baik.  

“Di HMBP, perawatan yang kami jalankan turut mendapat sokongan daripada terapi pekerjaan, fisioterapi, kaunselor dan pakar psikologi bertujuan mencapai kepada pemulihan dari pelbagai aspek seperti psikologi, mental dan fizikal.

“Kesemua program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar, dari semua ini saya menganggap perawatan sepertinya bukan sahaja tertuju kepada perubatan semata-mata tetapi juga kepada aspek psikologi yang disebut sebagai rehabilitasi,” tambahnya .

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here