Tue, 30 Apr 2024

HEADLINES :


Pesara polis ditemukan mati
Published on: Saturday, April 13, 2024
By: Bernama
Text Size:

Pesara polis ditemukan mati
LABUAN: Seorang pesara polis berusia 53 tahun dari Sarawak ditemukan meninggal dunia di pantai berhampiran Sea Sport Complex.

Mangsa dikenali sebagai Abang Shuhada Abang Abdul Ladi ditemukan hanya memakai seluar panjang pada 7.05 pagi oleh orang awam. 

Ketua Polis Labuan Supt Mohd Hamizi Halim dalam kenyataan Khamis berkata mayat mangsa ditemukan tertiarap di pantai dan berdasarkan siasatan awal mendapati tiada kecederaan fizikal dikesan pada tubuh badan mangsa. 

Hamizi berkata mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan pesara berkenaan bersama keluarganya tiba di Labuan pada 12.30 tengah hari pada raya pertama (10 April) dan menginap di sebuah hotel di pusat bandar.

“Pesara itu dilaporkan keluar kira-kira pukul 3 pagi dan kehilangannya disedari keluarganya pada sebelah pagi. Puas keluarganya mencari di sekitar kawasan hotel malah di Hospital Labuan tetapi gagal,” katanya. 

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here