Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jangan buat tindakan provokasi, kata Juhar
Published on: Monday, April 29, 2024
Published on: Mon, Apr 29, 2024
Text Size:
Text:
Jangan buat tindakan provokasi, kata Juhar
SHAHELMEY (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Tun Juhar.
PUTATAN: Semua pihak diingatkan agar tidak membuat kenyataan ataupun tindakan provokasi yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama. 

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkata, rakyat di negeri ini khususnya, perlu hidup dalam keadaan yang harmoni dalam membina sebuah negara yang bersatu dan progresif.

Advertisement
“Kita kini hidup dalam ruang dan kemajuan teknologi tanpa sempadan, maka adalah wajar menggunakan kecanggihan teknologi ini dengan penuh tanggungjawab untuk memuliakan lagi peradaban manusia, bukan menghancurkannya.

“Ingatlah bahawa sekiranya keamanan dan keselamatan yang dinikmati sekarang ini musnah, maka tiada siapa yang untung, malah semua akan rugi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kerana itu, kita sebagai umat Islam perlu mengamalkan sikap terbuka dan melakukan penyaringan terhadap fakta dan data supaya kita tidak terjebak dalam kancah fitnah, spekulasi dan provokasi.

“Kita harus menilai sesuatu bukan dengan persepsi atau emosi yang melulu,” katanya semasa menyampaikan perutusan dalam Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah (MTQHNS) 1445H/2024M.

Advertisement
Tambah Juhar, tema MTQHNS kali ini menggambarkan usaha kerajaan dalam membina masyarakat yang bersatu padu dalam kepelbagaian kaum di Sabah.

“Majlis ini bukan sahaja memotivasi umat Islam supaya belajar dan membaca Al-Quran malah berperanan memperkukuhkan lagi hubungan persefahaman di kalangan masyarakat Islam di negeri ini. 

Advertisement
“Majlis ini yang mengangkat Perpaduan Teras Malaysia Madani sebagai temanya, menggambarkan usaha berterusan kerajaan untuk membina masyarakat yang maju di tengah-tengah latar belakang kaum, agama serta budaya yang pelbagai. 

“Usaha ini tidak syak lagi bertujuan untuk memupuk keharmonian, pemahaman, dan penghargaan di kalangan masyarakat majmuk yang mendiami tanah air yang tercinta ini. 

“Sehubungan itu, kita semua wajib menerima kemajmukan yang wujud dan berusaha untuk membina sikap kebersamaan bagi mengukuhkan perpaduan ummah,” ujar Juhar yang hadir bersama isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni. 

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih bersama isteri masing-masing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here