Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Pekebun rasuah polis RM100 didenda RM10,000
Published on: Wednesday, April 24, 2024
Published on: Wed, Apr 24, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Pekebun rasuah polis RM100 didenda RM10,000
Kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.
TAWAU: Seorang pekebun yang merasuah anggota polis dengan RM100 dipenjara dua hari dan denda RM10,000 atau tiga bulan penjara.

Buba Pangewa, 67, dijatuhi hukuman oleh Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga, selepas Buba mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Selasa.

Advertisement
Buba memberi rasuah kepada Koperal Samsul Wahap, sebagai dorongan untuk membebaskan Buba dan rakannya Yohanis Pappang dari Indonesia, kerana telah tamat tempoh pasport.

Kesalahan itu berlaku di Pusat Pemeriksaan Jalan – RCP di Jalan Kalabakan pada 14 Mac, 2023 jam 10.15 pagi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Semasa mitigasi, Buba yang tidak diwakili merayu hukuman ringan dengan mengatakan dia mempunyai seorang isteri dan empat anak untuk dijaga.

Advertisement
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Rekhraj Singh dari SPRM menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal atas alasan ia merupakan kesalahan serius.

Mahkamah diberitahu bahawa pada hari tersebut, Buba memandu Toyota Land Cruiser dan ditahan untuk pemeriksaan ketika melalui pusat pemeriksaan dari Tawau.

Advertisement
Semasa pemeriksaan, Buba memberikan plastik berisi RM100 sebagai dorongan untuk melepaskan dia dan rakannya supaya mereka dapat meneruskan perjalanan ke Keningau untuk menguruskan pasport mereka yang telah tamat tempoh.

Anggota polis itu telah memberi amaran beberapa kali kepada Buba bahawa ia adalah satu kesalahan tetapi dia enggan dan kemudiannya ditahan untuk tindakan selanjutnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here