Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Isu stoking kalimah Allah: Pengarah KK Mart, isteri mahu fail representasi
Published on: Monday, April 29, 2024
Published on: Mon, Apr 29, 2024
By: FMT
Text Size:
Text:
Isu stoking kalimah Allah: Pengarah KK Mart, isteri mahu fail representasi
Pengasas KK Mart, Chai Kee Kan, dan isterinya, Loh Siew Mui didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM: Pengasas KK Mart, Chai Kee Kan dan isterinya, Loh Siew Mui yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah, akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.

Peguam Rajpal Singh yang mewakili Chai, 57, dan Loh, 53, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan representasi itu selepas meneliti dokumen-dokumen yang diperolehi daripada pihak pendakwaan hari ini.

Advertisement
“Pihak kami memohon suatu tarikh sebutan ditetapkan kerana pihak pembelaan akan memfailkan representasi,” katanya ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Muhamad Anas Mahadzir.

Pada 26 Mac lepas Chai dan Loh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berniat dengan sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking tertera kalimah Allah di rak pameran jualan yang telah dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan KK Mart Bandar Sunway pada 6.30 pagi 13 Mac lepas, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Chai yang juga mewakili syarikatnya KK Supermart & Superstore Sdn Bhd turut didakwa atas pertuduhan sama.

Advertisement
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat berkata pihak pendakwaan akan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kes kepada pembelaan hari ini selain memohon supaya kes dihadapi pasangan suami isteri itu dibicarakan bersama dengan kes membabitkan pengarah bagi syarikat pengedar Xin Jian Chang Sdn Bhd.

“Pihak pendakwaan mohon kes-kes ini dibicarakan bersama selaras dengan Seksyen 170 Kanun Tatacara Jenayah dan saya percaya pihak pembelaan tidak membantah. Pendakwaan juga memohon supaya tarikh perbicaraan ditetapkan,” katanya, dan pihak pembelaan kemudiannya mengesahkan perkara berkenaan.

Advertisement
Turut hadir dalam prosiding hari ini ialah peguam Lau Yi Leong yang mewakili pasangan suami isteri Soh Chin Huat dan Goh Li Huay serta anak perempuan mereka Soh Hui San, yang merupakan pengarah bagi syarikat pengedar Xin Jian Chang Sdn Bhd.

Soh, 61, dan Goh, 62, serta anak perempuan mereka Hui San, 36, didakwa atas pertuduhan bersubahat melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah pada tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Soh yang juga mewakili syarikatnya Xin Jian Chang Sdn Bhd turut didakwa atas pertuduhan sama.

Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 10 Jun ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui status representasi berkenaan.

Ketika ditemui media di luar mahkamah Rajpal berkata pihaknya akan menghantar representasi dalam tempoh terdekat, namun masih belum membuat keputusan sama ada ia untuk menarik balik (pertuduhan) atau ada pertuduhan pilihan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here