Fri, 7 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

PKBS mahu main peranan kekal keharmonian negara
Published on: Monday, April 29, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:

PKBS mahu main peranan kekal keharmonian negara
YUNUS menerima watikah perlantikan dari Arsiah pada majlis tersebut.
LAHAD DATU: Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) ingin menjadi pemain yang aktif dalam usaha membangun dan mengekalkan keharmonian negara.

Presiden PKBS, Dr. Arsiah Bahron berkata, PKBS akan bersaing secara sihat bagi memastikan setiap anggota disantuni dan menjadi warga yang dapat menyumbang kepada kestabilan sosial dan ekonomi Malaysia.

Katanya, tidak wujud isu perkauman dalam menyertai persatuan yang bersifatkan etnik kerana persatuan seumpama ini adalah wadah untuk menyatukan serta menjaga kebajikan kaum.

“Di Sabah mempunyai lebih daripada 30 etnik dan lebih 100 subetnik, kita hidup dalam kepelbagaian. Sebab itulah kita perlu persatuan bagi setiap etnik agar kita dapat menjaga komuniti kita dengan sebaik-baiknya.

“Jika setiap etnik menjaga kaum masing-masing, keharmonian negara dapat dicapai dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka anjuran PKBS Lahad Datu yang diadakan di Dewan Perdana, pada malam Sabtu.

Memuji penganjuran majlis tersebut, Arsiah berkata Majlis Rumah Terbuka ini merupakan satu wadah yang dapat mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama.

Majlis ini juga mampu menjadi platform untuk mempromosikan makanan tradisional dan keunikan budaya suku kaum Bugis kepada bangsa-bangsa lain.

“Tahniah kepada PKBS Lahad Datu serta semua yang terlibat yang telah berganding bahu bagi memastikan majlis ini berjalan dengan jayanya.

“Saya yakin dengan kerjasama erat antara ahli dan AJK dalam PKBS Lahad Datu akan dapat menjaga serta menyantuni komuniti Bugis serta komuniti lain di LD,” tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi PKBS Lahad Datu, Mohd Yunus Abu berkata, Majlis Rumah Terbuka ini merupakan program tahunan anjuran PKBS Lahad Datu bagi menjalin perpaduan dan kerjasama antara komuniti Bugis serta kaum-kaum lain.

Katanya, melalui majlis ini, diharapkan masyarakat berbilang bangsa dan agama dapat mengenali suku budaya masing-masing sekaligus mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat.

“Kita semua perlu sentiasa menyuburkan sifat empati dalam memahami isu perkauman dan melihat kepada perspektif secara menyeluruh.

“Perpaduan yang erat dikalangan masyarakat dapat direalisasikan sekiranya masyarakat bersifat inklusif serta saling bertoleransi,” tambahnya.

Pada majlis berkenaan, masyarakat yang hadir berpeluang untuk menikmati hidangan tradisional suku kaum Bugis seperti ayam masak lengkuas atau Nasu Likku, Putu Bugis, Berongko dan lain-lain lagi.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr. Jamaluddin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tungku, Assaffal P. Alian, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Segama, Datuk Mizma Appehdullah dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tungku, Momen Anchai.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here