Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) negeri mengadakan mesyuarat khas dengan pihak berkuasa berkaitan bagi membincangkan keselamatan bagi aktiviti berisiko tinggi khususnya paragliding.
Ini selepas seorang pelancong China cedera susulan kemalangan ketika aktiviti paragliding di Kg Lohan, Ranau, bulan lalu.
Menteri KePKAS Datuk Christina Liew berkata mesyuarat yang diadakan pada Rabu (8 Mei) itu dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap.
Advertisement





