Sun, 19 May 2024

HEADLINES :


Pejuang intai kerjasama dengan GRS
Published on: Sunday, May 05, 2024
By: Nora Ahmad
Text Size:

Pejuang intai kerjasama dengan GRS
“Jadi wajar untuk kita bercakap dengan mereka semula dan terpulang kepada mereka. Jika mereka menganggap kita mempunyai nilai tambah walaupun kecil, saya rasa itu mungkin sesuatu yang kita boleh sumbangkan,” kata Mukhriz.
Kota Kinabalu: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berhasrat untuk bekerjasama dengan parti tempatan Sabah, termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sementara ia bersedia untuk Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, partinya ingin melakukan pertemuan dengan pemimpin parti tempatan kerana mereka juga pernah mempunyai hubungan baik sebelum ini.

“Saya rasa mereka tahu latar belakang saya sejak dari Umno, kemudian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Seperti yang kita tahu, Bersatu Sabah dan kini GRS adalah dari orang yang sama. 

“Jadi wajar untuk kita bercakap dengan mereka semula dan terpulang kepada mereka. Jika mereka menganggap kita mempunyai nilai tambah walaupun kecil, saya rasa itu mungkin sesuatu yang kita boleh sumbangkan,” katanya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pejuang Peringkat Sabah di sini, pada Sabtu.

Walaupun pertemuan dengan pemimpin parti tempatan sudah dilakukan, bekas Menteri Besar Kedah itu mengakui kerjasama secara rasmi belum wujud lagi antara Pejuang dan mana-mana parti berpangkalan di Sabah.

“Secara tak rasmi ada, tetapi secara rasmi belum lagi. Ada dengan parti kecil-kecil, yang besar-besar mungkin belum sempat lagi kita jumpa.

“Kita kenal dengan kepimpinan parti yang aktif di Sabah, cumanya nak mewujudkan satu kerjasama secara rasmi itu belum lagi,” katanya.

Mukhriz berkata Pejuang menggunakan pendekatan lebih fokus dalam pilihan raya negeri Sabah akan datang, menumpukan usahanya kepada beberapa kawasan di mana parti itu mempunyai sokongan kuat akar umbi.

“Berdasarkan pengalaman kami sebelum ini, kita perlu bermuhasabah diri dan ukur baju atas badan sendiri. 

“Jadi kalau sebelum ini kita cuba menampilkan calon di banyak tempat, kali ini kita mungkin lebih fokus di kawasan di mana kita ada sokongan dan ada nilai tambah yang boleh kita bawakan kepada satu-satu kawasan itu,” katanya.

Beliau mengakui sumber terhad parti dan menekankan kepentingan penggunaan sumber secara strategik untuk memaksimumkan impak.

“Jadi dengan cara itu, sumber yang terhad pada kita boleh ditumpukan. Tak perlu bergerak sebagai sebuah parti yang besar sambil kita tahu kita pun bukanlah besar sangat,” tambah Mukhriz.

Hadir sama, Ketua Pejuang Sabah, Nicholas Sylvester.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here