Mon, 20 May 2024

HEADLINES :


Sabah sasar jadi pengeksport simen
Published on: Thursday, May 09, 2024
Text Size:

Sabah sasar jadi pengeksport simen
Hajiji berkata seiring dengan pembinaan kilang simen itu, infrastruktur lain akan turut disediakan seperti jalan menuju ke tapak, loji rawatan air, elektrik dan telekomunikasi yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada penduduk di luar bandar khususnya penduduk di Tongod.
Penubuhan kilang klinker dan simen bersepadu terbesar Sabah di Kampung Kawayoi di Pinangah, Tongod, akan membantu meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat setempat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Sebaik beroperasi, kilang baharu itu akan melengkapkan kilang Cement Industries Sabah (CIS) Sdn Bhd sedia ada.

“Saya percaya kilang baharu ini bukan sahaja akan meningkatkan pengeluaran simen tetapi kita juga boleh menjadi pengeksport simen,” katanya sambil menambah ini adalah satu lagi inisiatif Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Sabah dan menarik pelabur ke negeri ini.

Ketua Menteri berkata beliau mendapat inspirasi untuk menubuhkan kilang simen di Pinangah memandangkan ketersediaan sumber yang diperlukan untuk menghasilkan simen.

Hajiji berkata seiring dengan pembinaan kilang simen itu, infrastruktur lain akan turut disediakan seperti jalan menuju ke tapak, loji rawatan air, elektrik dan telekomunikasi yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada penduduk di luar bandar khususnya penduduk di Tongod.

Berucap pada majlis pecah tanah kilang di Kampung Penangah di Tongod pada 27 April, Ketua Menteri berkata projek itu juga akan menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Projek itu sememangnya pemangkin pertumbuhan ekonomi bagi daerah itu dan Sabah, katanya, sambil menambah ia juga menunjukkan kesungguhan Kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini.

Beliau berkata melalui kesungguhan dan fokus Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tegar sebanyak 40 peratus.

Pada majlis sama, Ketua Menteri turut menyampaikan 83 geran tanah, membabitkan 461.1 ekar (186.06 hektar), kepada penerima dari Kg Kuamut (27), Kg Pinangah (21), Kg Entilibon (25) dan Kg Mananam (10).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here