TAWAU: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket kes pecah masuk premis perniagaan yang giat beroperasi sejak Januari lalu dengan anggaran kerugian RM50, 000.00 apabila menangkap empat suspek, termasuk seorang mempunyai 33 rekod jenayah lampau.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kesemua suspek warga tempatan berusia di antara 19 hingga 41 tahun itu ditahan di antara 6 hingga 12 Mei lalu oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau.
"Hasil siasatan turut mendapati, modus operandi sindiket ini adalah mensasarkan kedai-kedai yang tidak beroperasi sekitar jam 11 malam hingga 7 lagi," katanya dalam kenyataan media pada Isnin.