Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Amang seksual: Pemandu bas sekolah dipenjara, sebatan
Published on: Thursday, June 06, 2024
Published on: Thu, Jun 06, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Amang seksual: Pemandu bas sekolah dipenjara, sebatan
MUSLEH (tengah) diiring keluar dari kamar mahkamah selepas dijatuhkan hukuman pada Rabu.
TAWAU: Seorang pemandu bas sekolah dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 15 tahun dan empat sebatan rotan atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan, 14, di sini, pada Januari tahun lalu.

Musleh Mahmod, 43, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Rosli Ahmad selepas dia didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan dihadapinya.

Advertisement
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan pertama, manakala hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan kedua.

Hakim turut memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan secara berasingan dan menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perintah pelaksanaan hukuman.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berumur 14 tahun (ketika kejadian) dengan cara duduk di atas paha mangsa.

Manakala, pertuduhan kedua pula tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama iaitu memegang tangan mangsa. 

Advertisement
Perbuatan tertuduh dilakukan di dalam bas sekolah semasa menunggu peralihan sesi persekolahan antara jam 11.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari, masing-masing pada 25 dan 31 Januari 2023.

Kes itu mula dibicarakan pada 8 November 2023 yang menyaksikan tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, manakala, pihak pembelaan menampilkan tiga saksi, termasuk Musleh.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Samsuddin Sudirman yang mewakili lelaki itu dalam mitigasinya memohon hukuman minima dikenakan terhadap anak guamnya dengan alasan perlu menyara keluarga, termasuk ibu bapa dan isteri yang tidak bekerja serta meminta hukuman berjalan secara serentak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Suhaimi Suryana memohon mahkamah agar hukuman berat dikenakan kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Katanya, mahkamah perlu mengambil kira kesan trauma dialami mangsa seperti yang dapat disaksikan sewaktu perbicaraan apabila mangsa dilihat tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu di mahkamah.

Malah, katanya, Musleh sedikitpun tidak menunjukkan sebarang rasa simpati atau menyesal di atas perbuatannya.

Mohd Suhaimi juga berkata, hukuman yang berat wajar dikenakan terhadap tertuduh atas faktor kepentingan awam memandangkan kes-kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak di Tawau dan Semporna semakin meningkat kebelakangan ini dan menjadi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi masyarakat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here