Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Maximus serah tugas presiden PBS kepada Joachim
Published on: Sunday, June 02, 2024
Published on: Sun, Jun 02, 2024
Text Size:
Text:
Maximus serah tugas presiden PBS kepada Joachim
DR Joachim (kanan) menerima watikah pelantikan daripada Julita.
Kota Kinabalu: Datuk Seri Dr Maximus Ongkili secara rasmi menyerahkan jawatan presiden kepada timbalannya Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam pada mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah di ibu pejabatnya, di sini, Sabtu.

Dr Maximus, yang mengetuai PBS enam tahun lepas, menjadikan Dr Joachim sebagai pemangku presiden berkuat kuasa serta-merta.

Advertisement
Dalam perutusan yang dibacakan oleh Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki, Dr Maximus menyifatkan hari itu dipenuhi dengan perasaan bercampur baur, tetapi berkata pemindahan tugas itu perlu untuk kebaikan parti.

“Hari ini sudah tiba masanya perubahan yang saya yakin akan membawa pembaharuan iaitu penyerahan atau pemindahan tugas dan tanggungjawab sebagai presiden kepada pemangku lantikan yang saya pilih, mengikut peruntukan Perkara 15(iii)(a) Perlembagaan PBS, iaitu Timbalan Presiden kita Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita harus sedar bahawa bukan mudah bagi seseorang pemimpin untuk melepaskan jawatan, tugas dan peranannya kepada pengganti dalam kalangan barisan pemimpin. Banyak persoalan pasti akan timbul dan banyak cabaran akan dihadapi oleh sesiapa sahaja yang memegang atau bertindak sebagai presiden mana-mana parti atau pertubuhan, terutamanya parti yang begitu bersejarah dan bermakna kepada rakyat Sabah yang tercinta,” katanya.

Dr Maximus, bagaimanapun, berkata dengan keadaan kesihatannya sekarang yang memerlukan lebih perhatian dan fokus kepada proses pemulihannya, beliau yakin pelantikan Dr Joachim adalah keputusan yang baik untuk PBS ketika ini.

Advertisement
“Harapan saya, dengan pelantikan ini, kepimpinan parti kita terus bersatu untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai untuk rakyat dan negeri Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here