Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Penduduk Kg Gusi Ranau terima khidmat jalur lebar satelit berkelajuan tinggi
Published on: Wednesday, January 06, 2021
By: Bernama
Text Size:

Penduduk Kg Gusi Ranau terima khidmat jalur lebar satelit berkelajuan tinggi
Kota Kinabalu: Kira-kira 280 penduduk Kampung Gusi yang terletak 80km dari Pekan Ranau kini boleh menerima perkhidmatan jalur lebar satelit berkelajuan tinggi selepas Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTT) dan MEASAT  Global Berhad (MEASAT) berjaya mengatur kedudukan bagi menyediakan perkhidmatan CONNECTme NOW di kawasan itu.

Inisiatif  menyediakan “Very Small Aperture Terminal” (VSAT) untuk penduduk kampung itu adalah   sebahagian daripada sumbangan tanggungjawab sosial korporat CTT, kata kedua-dua pihak dalam satu kenyataan bersama di sini.

Kawasan luar bandar seperti Kampung Gusi menghadapi cabaran dari segi kemudahan infrastruktur dan ia mengambil masa dalam mengatur kedudukan komunikasi daratan untuk kesalinghubungan.

CTT, syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Warisan Harta Sabah Sdn Bhd,  sayap pelaburan Kerajaan Negeri Sabah telah  didekati bagi menyediakan kesambungan jalur lebar menerusi perkhidmatan VSAT.

“CONNECTme NOW daripada MEASAT adalah penyelesaian ideal untuk melakukan naik taraf segera bagi meningkatkan perhubungan internet yang boleh diharap, jadi pelajar dan masyarakat Kampung Gusi mempunyai kesalinghubungan yang diperlukan untuk menangani cabaran dihadapi terutamanya pada masa sekarang,” kata kenyataan itu. Dengan CONNECTme NOW, perkhidmatan jalur lebar satelit prabayar pertama Malaysia di Kampung Gusi, penduduk kampung itu boleh dengan serta merta menikmati perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan sehingga 30 Mbps dengan membeli baucar prabayar dengan harga berpatutan yang memberikan kebebasan mereka untuk memilih pakej data mengikut keperluan masing-masing.

Pada November tahun lepas, dua remaja termasuk seorang pelajar cedera selepas terjatuh daripada sebuah jambatan gantung yang putus di Kampung Gusi semasa mereka cuba mendapatkan isyarat internet. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here