Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Wanita didakwa bunuh bekas suami
Published on: Tuesday, January 31, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Wanita didakwa bunuh bekas suami
WANITA itu (dua,kanan) didakwa di Mahkamah Majistret Tawau, pada Isnin.
TAWAU: Seorang wanita warga tempatan berusia 33 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui di ladang sawit bersama kereta Myvi pada 13 Januari lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Nurima Juli ketika kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmi Yunus.

Tertuduh bersama beberapa individu yang masih bebas, didakwa membunuh Nurman Bakaratu, 62, di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di antara jam 7.30 hingga 9 malam pada 13 Januari.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. Dzul Elmi menetapkan 6 Mac untuk tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu laporan kimia, forensik dan notis rekuisisi.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh, yang akan terus ditahan di Penjara Tawau sehingga sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syahnidzam Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili. Tertuduh merupakan bekas isteri kepada mangsa bunuh.

Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat seorang lelaki tanpa identiti bersama kereta e-hailing di kawasan semak di sebuah ladang sawit di Batu 5.

Susulan itu, polis menahan beberapa individu termasuk lapan pegawai dan anggota polis bagi membantu siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here