Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Gerakan koperasi boleh bantu atasi masalah kemiskinan
Published on: Sunday, April 16, 2023
By: Bernama
Text Size:

Gerakan koperasi boleh bantu atasi masalah kemiskinan
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick - Fail gambar Bernama
Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yakin gerakan koperasi berupaya memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan membasmi kemiskinan di negara ini.

Ewon berkata ini kerana gerakan koperasi seperti itu selain menawarkan harga barangan yang lebih rendah serta melatih ahlinya berkecimpung dalam bidang perniagaan, ia juga memberi pulangan ekonomi dalam bentuk dividen.

“Saya sangat yakin bahawa gerakan koperasi merupakan satu daripada banyak pendekatan yang boleh membantu menoktahkan kemiskinan kerana selain daripada ahlinya dapat menikmati harga barangan yang lebih rendah, pada masa sama mereka boleh belajar untuk berniaga.

“Seterusnya, mereka boleh menikmati dividen misalnya daripada keuntungan yang dijana oleh syarikat koperasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan COOPMart Koperasi Lembah Subang 2 (LS2) Selangor Berhad di Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 di Kuala Lumpur, Sabtu.

Terdahulu dalam ucapannya, Ewon berkata COOPMart milik Koperasi LS2 Selangor Berhad yang ditubuhkan dengan sokongan kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), merupakan inisiatif kerajaan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Katanya, kementerian melalui SKM telah memperuntukkan RM360,000 kepada LS2 Selangor Berhad bagi membiayai sebahagian kos pembangunan COOPMart berkenaan.

Justeru, Ewon meminta penghuni PPR LS2 agar beramai-ramai menyertai COOPMart, seterusnya menjadikan koperasi itu sebagai sebahagian daripada federasi peruncitan dan pemborongan koperasi di negara ini.

Sempena pelancaran COOPMart itu, turun diadakan program Jualan Rahmah dan Madani yang menawarkan diskaun harga barangan hingga 30 peratus daripada harga asal untuk tempoh satu jam. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here