Heret anjing dengan kereta hingga mati, polis tahan warga emas
Published on: Tuesday, May 30, 2023
By: Bernama
Text Size:
Polis berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan. (Gambar fail)
PORT DICKSON: Seorang lelaki warga emas disyaki menyebabkan kematian seekor anjing di Kampung Sri Parit, Lukut pada Sabtu ditahan pihak polis semalam.
Ketua Polis Port Dickson, Aidi Sham Mohamed, berkata polis menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 44 tahun yang melihat seekor anjing telah diperlakukan dengan kejam sehingga cedera dan berdarah.
ADVERTISEMENT
“Pengadu telah melihat anjing tersebut diikat dan diheret dengan menggunakan kereta. Akibat kejadian itu, anjing tersebut telah mati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, tangkapan dilakukan terhadap pemilik anjing berusia 61 tahun itu kira-kira 10.05 malam semalam di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Port Dickson dan direman sehari.