Fri, 31 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Bapa rogol anak kandung kena 20 tahun,10 sebatan
Published on: Thursday, February 01, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Bapa rogol anak kandung kena 20 tahun,10 sebatan
Perbuatan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara lapan tahun dan 30 tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 kali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pemandu e-hailing pada Rabu dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan diperintahkan dikenakan 10 kali sebatan rotan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang bawah umur, dua tahun lalu.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 35 tahun itu pada Rabu selepas dia disabitkan kesalahan atas pertuduhan terbabit.

Amir dalam keputusannya di akhir pembelaan lelaki itu, berkata mahkamah berpuas hati bahawa pembelaan lelaki itu adalah penafian semata-mata dan sesuatu yang difikirkan kemudian.

“Pendakwaan berjaya membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah. Oleh itu tertuduh dengan ini didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan,” kata Amir.

Lelaki itu didapati bersalah merogol anak perempuannya berusia 12 tahun antara 8 malam dan 11 malam pada 11 Ogos, 2022 di sebuah rumah di Penampang.

Perbuatan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara lapan tahun dan 30 tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 kali, jika sabit kesalahan.

Dalam menyampaikan keputusannya Amir berkata mahkamah sedar bahawa kes jenayah terhadap kanak-kanak berleluasa pada ketika ini.

“Hukuman yang setimpal perlu dijatuhkan supaya ia boleh dijadikan pengajaran dan teguran serta pemulihan kepada tertuduh sendiri.

“Mangsa dalam kes ini pastinya trauma dengan kesalahan yang anda lakukan,” kata Amir kepada tertuduh.

Mahkamah berpendapat tertuduh perlu dijauhkan dari mangsa buat sementara waktu, tertuduh sebagai bapa kandung jangan sesekali melakukan perkara ini terhadap anak kandungnya sendiri, katanya.

“Kepentingan mangsa dalam kes ini turut diambil kira di mana mangsa masih muda dan tahun ini akan berusia 14 tahun dan kejadian ini memberi kesan buruk kepada aspek fizikal dan mental kanak-kanak ini dan ini dapat dilihat apabila mangsa memberikan keterangannya di hadapan mahkamah semasa perbicaraan.

“Hukuman yang dijatuhkan diharap dapat memberi amaran kepada orang awam lain di luar sana agar tidak melakukan kesalahan sama, yang mana dalam kes ini boleh dianggap sebagai ‘Harapkan pagar, pagar makan padi’” kata Amir.

Lelaki itu, yang tidak diwakili, merayu hukuman ringan dari tarikh dia ditangkap.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dacia Jane Romanus memohon hukuman lebih berat berikutan keseriusan kesalahan yang dilakukan sambil menambah, hukuman pencegahan perlu dikenakan bukan sahaja untuk memberi pengajaran kepada lelaki itu tetapi juga kepada orang ramai.

Mahkamah harus mempertimbangkan kes jenayah seksual yang berleluasa khususnya di Sabah membabitkan pemangsa adalah bapa kandung mangsa sendiri, kata Dacia.

“Kami juga ingin mengemukakan bahawa mahkamah perlu menimbangkang trauma yang dialami mangsa yang masih kanak-kanak,” tambahnya.

Enam saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan, termasuk lelaki itu, memberi keterangan di mahkamah sepanjang perbicaraan.

Lelaki itu memberikan keterangan bersumpah semasa pembelaannya pada 15 Dis, tahun lepas.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here