Sun, 28 Apr 2024

HEADLINES :


3 bot nelayan ditahan tangkap ikan kurang dua batu nautika dari darat
Published on: Thursday, March 21, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

3 bot nelayan ditahan tangkap ikan kurang dua batu nautika dari darat
NELAYAN yang ditangkap dalam operasi itu.
TAWAU: Tiga bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari dua batu nautika dari daratan, ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau dalam tiga tangkapan berasingan, pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan pertama membabitkan sebuah bot nelayan berhampiran kawasan daratan kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Merotai yang sedang menarik pukat.

“Aktiviti bot itu berjaya dikesan bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Khas Pagar Laut dan Ops Pluto Timur.

“Pemeriksaan mendapati tiga lelaki pemegang pasport warga Indonesia berumur di antara 29 hingga 39 tahun berada di atas bot tersebut,” katanya.

Di lokasi berasingan, katanya, pihaknya menahan dua lagi bot nelayan untuk diperiksa kapal peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Sejahtera dan Ops Khas Pagar Laut di sekitar 1.8 batu nautika tenggara Kg Batu Payung pada jam 2.55 hingga 3.15 petang. 

Katanya, pemeriksaan dokumentasi ke atas kedua-dua bot mendapati tujuh anak kapal lelaki pemegang pasport warga Indonesia berumur lingkungan 29 hingga 58 tahun, disyaki melakukan kesalahan menjalankan aktiviti menarik pukat kurang dua batu nautika dari daratan. 

Mengulas lanjut, Shahrizan berkata, ketiga-tiga juragan, bot serta muatan hasil laut ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau serta diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.

Kes itu, katanya, disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dua batu nautika dari daratan. 

Tambahnya, kesemua barangan termasuk bot nelayan, pukat dan muatan hasil laut disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah hampir RM300,000.

Dalam pada itu, beliau menyatakan pihaknya akan terus memberi perhatian terhadap kes-kes melibatkan nelayan tempatan yang cuba melanggar syarat sah lesen dengan mengambil kesempatan menarik pukat kurang dari jarak yang dibenarkan. 

Beliau juga mengharapkan kerjasama dari pengusaha bot nelayan dan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi peraturan perikanan yang  sudah ditetapkan di negeri ini.

Orang ramai, katanya, dialu-alukan membantu pihak Maritim Malaysia  dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di 089-750116 atau MERS 999.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here