Tue, 30 Apr 2024

HEADLINES :


3 maut, 5 cedera nahas di Kunak
Published on: Saturday, April 06, 2024
By: Bernama
Text Size:

3 maut, 5 cedera nahas di Kunak
Dua lelaki dan seorang wanita warga emas berusia 74 tahun yang menaiki kereta Proton Iswara maut di lokasi kejadian. (Gambar JBPM)
Kota Kinabalu: Dua lelaki dan wanita warga emas maut, manakala lima lain cedera dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Kunak-Tawau, berhampiran Ladang Giram di Kunak petang tadi.

Mangsa Noorhashim Ambutong, 41, Tima Amihusin, 74, dan Alkawi Ali, 30, yang menaiki kereta Proton Iswara disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, berkata enam pegawai serta anggota Balai Bomba Kunak digegaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.20 petang.

“Tiga mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan dua yang menunggang motosikal dilaporkan mengalami kecederaan serta diberi rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan Pegawai Perubatan KKM di tempat kejadian.

“Semua yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menambah operasi tamat pada 4.50 petang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here